Wednesday, April 27, 2011

CInTa..? PErlu ker....


     Salamullahi alaikum warahmatuhu wabaraktuh...Apa Kabar Cihat ka?..
bgi Pljar Unisza..Skarang Mggu Exam...Smoga Trbaik la..hehe..najah2..

..Baik dalam Penulisan kali nie,,suka sya untuk Mnceritakan Perihal cinta/...ramai sekarang Jika tgok kat Lamn Fb..Mcm2 Wat..ada yg IN RElation SHip la..Open relation la...Complicated la..Kadang2 duk xduk tgok2 dah married...Allahuakbar..Bgitu Mudah dan Benar Upanya Kita Skrang Mlafazkan Cinta...baik Disisni Ada lah Pkogsian Skit Untuk Antum..Yg sya Tulis Skit amik kat orang ckit Dalam KIta Pham Apa itu cinta,,,,Ce Baca tgok lahh........                           
 
            Cinta...... ? cinta, suatu perasan yang sukar digambarkan melalui kata-kata. Ia  hanya dapat dinikmati secara mengalaminya sendiri. Cinta tidak dapat dipelajari  tetapi dialami. Uniknya cinta kerana ia jelmaan kasih sayang yang teragung.  Sekiranya cinta sudah tiada di hati anda , tandanya salah satu nikmat Allah  telah tercabut daripada anda, sedangkan cinta adalah nikmat teragung Allah terhadap hambaNya. Jika anda sudah tidak dapat menghargai cinta tandanya nilai kemanusiaan anda sudah mula terhakis. Ketiadaan cinta di hati anda bakal merubah seluruh kehidupan.Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulallah s.a.w bersabda " sesungguhnya Allah Taala berfirman pada hari kiamat kelak; mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan ku ? hari ini ku naungi mereka , dimana tidak ada naugan yang lain selain naungan ku.Iktibarlah dari keutuhan cinta ini. ia kekal abadi & suci.
            Cinta Allah yang maha pencipta itu tidak memilih siapa, rupa , gaya & bagaimana keadanya .Cintanya boleh direbut oleh sesiapa saja. Cinta yang tidakpernah luput walau sesaat malah berkekalan terus. Bandingkan lah dengan cinta manusia yang biasanya bermusim & ada batasnya. Sewaktu disenangi dicintai apabila jemu @ benci "
selamat tinggal " hadiahnya. Namun begitu dalam hidup setiap manusia pastinya ingin disayangi & menyayangi , itulah fitrah semulajadi setiap insani namun ramai diantara kamu yang tewas kerana cinta....
Bercinta itu tidak salah tapi memuja cinta itu yang salah, kerana cinta manusia sanggup menjual agama & kerana cinta maruah tergadai. Ketahuilah ....gejala murtad serta keruntuhan moral muda-mudi sebahagian besarnya kerana sebuah cinta.... benarlah kata-kata " cinta itu buta " cinta itu mampu membutakan mata & hatimu dalam membezakan perkara yang hak dan yang batil apabila kau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu & tidak kerana Allah SWT....
  Sebelum kau mendekati cinta .... cintailah dirimu terlebih dahulu , mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik , yang berasal dari setitik air yang tidak berharga lalu mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh Allah... semoga di sana mampu melahirkan rasa keagunan & kehebatan terhadapNya & timbul rasa cinta & kasih pada pencipta mu..... Mencintai Allah & rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta yang hakiki & abadi kerana hati yang pecah & retak apabila diberikan kepadaMakhluk pastinya akan bertambah retak & terburai tetapi apabila hatimu diserah kepada Allah sudah pasti ia akan bertaut kembali ....
 Dalam seusiamu sibukkan lah dirimu dengan ilmu yang mampu mempertajamkan akal & mampu membina syakhsiah muslimah mu...... sesungguhnya ilmu itu cahaya & ilmu tidak mampu bertapak dalam hati orang yang melakukan maksiat. " Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagian yang abadi untuk seseorang insan , kerana ia tidak kekal , cintakan manusia seringkali membuat seseorang itu gagal , kecewa, menderita & tidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagian & kenikmatan yang kekal abadi kecuali
cinta kepada pencipta manusia itu sendiri " kata-kata Rabiatul Adawiah.
            Namun Cinta mampu menjadi motivasi terbaik bagi manusia. Tiadalagi suatu rasa pun yang boleh memotivasi manusia kecuali rasa cinta & bahagia. Dengan cinta gunung kelihatan rendah untuk didaki. Dengan bahagia lembah kelihatan cetek untuk dituruni.
Bercintalah sehebat manapun , selagi tidak membuahkan kebodohan sebagaimana Laila terhadap Majnun , serta pasangan Romeo & Juliet . Cinta ibarat cahaya, bukan pencetus masalah dan pembawa derita. tidak perlu berkorban kehormatan untuk cinta kerana cinta yang benar-benar suci dan semulajadi menjadikan pemiliknya bertambah matang, dewasa beriman malah berperibadi mulia.
Jika cinta dijelmakan dalam diri ia begitu memotivasi. Jika diberikan kepada seseorang, ia ibarat menghadiahkan sebukit emas untunya.Jika dijelmakan dalam rumah tangga, jawapanya adalah kerukunan & persefahaman yang berpanjangan
           xKisah La apapon yg pnting..dalam CinTa satU Anda PerlU FIkIr..Capaikah MatLmat Hidup Anda? 
dan Adakah Berbaloi Untuk Diri Anda dan Kluarga...Jgn Biarkan Maruah TRcalar Krana Cinta Yg KOtor Walupon Asalnya Sgt SUCI...


Baik Sekian sajer....MOgA HIdp Kita dbrkati Oleh ALLAH...

Thursday, April 21, 2011

Mencari Yg Sejati


salam..Untuk Sekian kalinya..
ini lah sekadar coretan untuk sahabt2 renungkan yer.....
ada kslapan pohn Maaf..

dalam Mncari....sahabt,..kekasih...teman..
Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah
sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui
insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat
pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka
tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu
lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam
buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah
kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita
tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang
mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai
balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi
sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma
mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk
menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia
mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman
untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi
anda dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan,
pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk
melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.
Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri
anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan
yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang
cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam
kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga. Kebahagiaan seseorang manusia tidak
semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat
yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup
mereka.

Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka,
mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka
yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup
mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir
dengan tangisan.

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna
sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda
tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang menangi5.........

Kehidupan Pelu diteruskan..Berhati hati dalam menempuh Ujian..
(nafsu mu itu,,Ibarat Kuda, Jika kamu Tidak Menanggungnya,,,ia Pasti Mnggang Kamu,,,,
-imam Al Ghazali...

Jadi sahabt2 sahabiah..JGn Putu  Asa..Tuhan Tudak Lupakan Anda!!.......

Wednesday, April 20, 2011

Pengakuan Lelaki Terhadap Wanita





*****

Kami sulit menahan pandangan mata kami
ketika melihat kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan Allah
kecantikan dan postur yand ideal,
kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian,
kerana itu lebarkanlah serta longgarkanlah pakaian kalian
dan tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan kerudung yang membentang.


Kami sulit menahan pendengaran kami
ketika berbicara dengan kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan oleh Allah
suara yang merdu dengan irama yang mendayu
kerana itu tegaskanlah suara kalian
tatkala berbicara di berhadapan dengan kami
dan berbicaralah seperlunya sahaja.


Kami juga sulit menahan
bayangan-bayangan hati kalian,
ketika kalian dapat menjadi
tempat untuk dicurahkan segala isi hati kami,
waktu luang kami kadangkala akan sering terisi
oleh bayangan-bayangan kalian,
kerana itu janganlah kalian membiarkan kami
menjadi curahan hati bagi kalia

Kami tahu kami insan lemah
bila harus berhadapan dengan kalian,
kekerasan hati kami dengan mudah bisa luluh
hanya dengan senyum kalian,
hati kami akan bergetar
ketika mendengar dan melihat kalian menangis.

Sungguh ALLAH telah memberikan amanah terindah kepada kalian,
maka jagalah amanah itu
jangan sampai ALLAH murka dan memberikan keputusan-Nya.

Maha Besar dan Maha Suci Allah yang tahu
akan kelemahan hati kami ini,
hanya dengan ikatan yang suci dan yang diredhai-NYA,
kalian akan menjadi halal bagi kami.



http://www.iluvislam.com/v1/includes/jscripts/tiny_mce/plugins/imagemanager/library/2586624404_de163f0435.jpg



"LAlu apa yang telah aku lakukan selama ini..YA Rabb, ampunilah daku.
Untuk setiap pandangan yang tak terjaga,
untuk iman yang tak dipelihara,
lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab,

Ya Rabb, Engkaulah mengawasi kami setiap detik,
kerana kasih sayangMu ya Allah kepada kami,
Engkau perintahkanlah malaikan silih berganti
menemani kami siang dan malam
agar iman kami dapat dijaga...




Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.

Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.
http://farm4.static.flickr.com/3127/2667649053_480d850059.jpg?v=0

Anda ingin lebih cantik dan menarik??

# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

# Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".

# Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.

*petikan dari e-mel yg dikirimkan oleh seorg sahabat


































Monday, April 18, 2011

Sultan Muhammad Al-Fateh | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Sultan Muhammad Al-Fateh


Sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq, "...Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Konstantinopel untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah SWT dalam hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, lima kempen di zaman Kerajaan Umaiyyah, satu kempen di zaman Kerajaan Abbasiyyah dan dua kempen di zaman Kerajaan Uthmaniyyah.

Dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umaiyyah, seorang sahabat Nabi SAW iaitu Abu Ayyub Al-Ansary RA telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, "Aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Konstantinopel". Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi SAW.

Hadis Nabi SAW ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al-Fateh, khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah dengan 150,000 orang tenteranya.

Siapakah Sultan Muhammad Al-Fateh? Apakah kehebatan baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut "sebaik-baik raja" dan "sebaik-baik tentera" dalam hadis tersebut?

Biodata Ringkas

Baginda Sultan Muhammad Al-Fateh dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai "sebaik-baik raja" di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al-Fateh kerana kejayaannya membebaskan Konstantinopel.

Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen ketenteraan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 akibat sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat baginda mangkat diracun.

Pendidikan

Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al-Wali dikatakan daripada keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq RA. Dalam ilmu peperangan pula, baginda diajar tentang taktik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.

Dalam bidang akademik pula, baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam tujuh bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Dalam bidang ilmu pemerintahan pula, ayahandanya Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini baginda telah matang menangani tipu helah musuh.

Keperibadian

Baginda sentiasa bersifat tawaduk. Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulama-ulama dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja. Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamadan selalu berbincang dengan mereka mengenai permasalahan negara.

Persiapan Awal Membebaskan Konstantinopel

Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Kostantinopel setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.

Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom seberat 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Konstantinopel apabila diserang nanti.

Baginda membawa bersama para ulama dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Konstantinopel, baginda mengarahkan dilaungkan azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.

Melancarkan Seragan ke atas Konstantinopel

Setelah segala persiapan lengkap diatur, baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan Raaja Bizantin menyerah mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.

Menara Bergerak

Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.

Bantuan Dari Pope Vatican

Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Uthmaniyyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.

Melancarkan Kapal Perang dari Puncak Gunung

Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Uthmaniyyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Taktik ini diakui sebagai antara taktik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.

Kapal-kapal perang tentera Bizantin habis terbakar dek bedilan meriam Uthmaniyyah. Pertahanan Bizantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada hadis Rasulullah SAW dan bersama-sama berdoa kepada Allah SWT.

Memanjat dan Melastik Dinding Kota

Keesokan paginya tentera Uthmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Bizantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengah hari.

Karisma Seorang Pemimpin

Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, "Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku".

Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Bizantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.

Penawanan Constantinople

Pada 29 Mei 1453, Kota Konstantinopel jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St. Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawaduknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran "Al-Fateh" iaitu yang bermaksud "pembuka" atau "penakluk" lantaran kejayaannya membebaskan Konstantinopel.

Sebaik-baik Raja dan Sebaik-baik Tentera

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, "Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali, sila duduk!" Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib, sila duduk!" Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!" Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat rawatib dan solat tahajjud sejak baligh. Baginda sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya itu.

Dinihari kita cukup ketandusan pemimpin yang berjiwa rakyat serta berkarisma seperti Sultan Muhammad Al-Fateh untuk mengembalikan ketamadunan dan kegemilanagan ISLAM ini kembali. Ayuh, kita mulakan langkah menakluk diri seperti mana Sultan Muhammad Al-Fateh telah berusaha menakluk kota hebat Konstantinopel.

BAngunlah Wahai remaja Islam....!!!

12 Barisan Di Akhirat



Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya:
"Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT:



"Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris" Surah
an-Naba':18 Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian
dengan air mata.Lalu menjawab: "Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan
kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring,
dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan
pembawaan mereka sendiri...." Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut
:-



BARISAN PERTAMA
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka
ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:



"Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati
jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah
neraka..."



BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah
Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya
meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali
mereka adalah neraka..."



BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan
kala jengking. "Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka
inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."



BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari
mulut mereka. "Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli,
maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."

BARISANKELIMA Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu
Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu
ketenteraman di Padang Mahsyar.
"Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut
diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT,
maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."



BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.
"Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya
dan tempat kembali mereka adalah neraka..."



BARISAN KETUJUH Diiring dari
kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar
nanah dan darah. "Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian
di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka
adalah neraka..."



BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan
kaki ke atas. "Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah
balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KESEMBILAN Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata
biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "Mereka itu
adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak
sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah
neraka..."



BARISAN KESEPULUH
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan
penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang
tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah
neraka..."



BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi
mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar
sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut
mereka dan keluar beraneka kotoran.


"Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat
kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KEDUA BELAS Mereka diiring dari
kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka
melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah
Yang Maha Pengasih memaklumkan:



"Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka
menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika
meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya
dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang
dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..."



Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap
dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah,
tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya.....Wallahua'alam.



SedarKah Anda??....



  1. Sedarkah anda bahawa air yang mampu dikandung oleh washing machine adalah kurang dari 2 kolah dan sekiranya pakaian anda bernajis (terdapat air kencing, tahi cicak, etc), seluruh pakaian yg bersih pun akan turutmenjadi najis atau tidak suci. (berdasarkan hukumair mutanajjis)
          Koreksi ilmiah

Pendapat ini tidak benar.
Air dalam washing mashine adalah air yg mengalir dalam tiga mode: wash-rinse-spin-rinse semula-spin dry. Minima tiga kali isian air yg baru. Penggunaan detergen yg berkuasa tinggi menjadi kuasa air untuk menyental kotoran akan lebih
menyucikan pakaian. Penggunaan washing yg benar ialah pakaian
bernajis hendaklah dinyahkan najisnya terlebih dahulu dan
kebiasaannya pakaian yg dimasukkan dalam wahing machine adalah
pakaian berdaki sederhana sahaja. Andaian kencing dan najis cicak
itu adalah pemikiran keterlaluan dan memberat-beratkan diri dalam
beragama. Air dua qullah tiada kaitan dgn washing machine. Air dua
qullah untuk berwudhu' dan mandi, manakala urusan washing machine
tiada kaitan dgn ukuran dua qullah. Fatwa dr Yusof alQardhawi dalam
Fiqh Taharah menyatakan, air yg bercampur dgn sabun, za'rafan (bahan
cucian zaman dulu) dan semisalnya, maka sifat air itu menjadi
semakin kuat kuasa cuciannya. sekian

SEDARKAH ANDA?
  1. Sedarkah anda bahawa hampir setiap telur ayam terdapat najis di
          kulitnya dan sekiranya tangan kita basah atau telur itu sendiri basah
          semasa kita hendak memecahkannya, tangan kita akan
          turut bernajis. Dan sekiranya sebahagian dari telur tersebut termasuk
          dalam masakan kita, maka kita turut memakan najis tersebut.    

Tahi ayam menurut fiqh: apakah ia najis?

Najis ayam yg kering yg melekat di telur itu najis menurut
syafi'iyah tapi tidak menurut madzhab lain spt Hanbali dan Malikiah,
juga pendapat salaf dan ahli tahqeeq dalam menilai kenajisan tahi
kotoran dari binatang yg dimakan dagingnya:
Dalil: HR alBukhari bahawa Nabi saw menyuruh sahabatnya minum air
kencing unta (Fath alBari 1/336 tahqeeq Ben Baz) dan Nabi saw pernah
solat di kandang kambing (Fath albari 1/341) dan Ibn Taymiyah, syarh
Umdah /108 dan alIkhtiyar syarh alMukhtar 1/31-35; juga pilihan Dr
alImam Prof Yusof alQardhawi, Fiqh atTaharah/117)

Prof Hasbi Siddiqiey dalam Fiqh Islami terbitan Pustaka Aman press
jld 1, menetapkan pendapat Syafi'iyah itu tidak disandarkan kepada
dalil.

Rumusan: najis ayam yg ada pada telur itu najis menurut syafi'iyah,
tapi tidak najis sisi salaf assoleh dan para muhaqqiqin. Maka fatwa
di atas adalah mengelirukan kerana tidak mewakili fiqih islam secara
syumul.

Jalan tengah: menjadi etika peniaga roti canai untuk membasuh telur-
telur mereka untuk menjaga standard etika penyediaan makanan yg
hygenic dan selamat.

  1. Sedarkah anda bahawa lantai tandas itu kotor dan bernajis disebabkan tempiasan, maka kita perlu memakai selipar semasa        dalam tandas. Dan cara utk memakai selipar semasa memasuki tandas adalah dengan meletakkan kaki kiri ke atas selipar (tanpa memakainya), kemudian menyarungkan kaki kanan ke selipar kanan. Diikuti dengan menyarung kaki kiri ke selipar kiri. (Kerana adab masuk tandas adalah kaki kiri manakala adab memakai selipar    adalah dengan kaki kanan dahulu). Ada segolongan yang masuk tandas dengan kaki kiri tapi memijak lantai, tidak memijak selipar (Ini akan mengotorkan kaki kita).

SEDARKAH ANDA?
Sedarkah anda bahawa lantai tandas itu kotor dan bernajis disebabkan
tempiasan, maka kita perlu memakai selipar semasa
dalam tandas. Dan cara utk memakai selipar semasa memasuki tandas adalah
dengan meletakkan kakikiri ke atas selipar (tanpa memakainya), kemudian
menyarungkan kaki kanan ke selipar kanan. Diikuti dengan menyarung kaki
kiri ke selipar kiri.(Kerana adab masuk tandas adalah kaki kiri
manakala adab memakai selipar adalah dengan kaki kanan dahulu). Ada segolongan
yang masuk tandas dengan kaki kiri tapi memijak lantai, tidak memijak selipar (Ini akan mengotorkan kaki kita).

Prof Dr alQardhawi (Fiqh Taharah/109) mengupas isu penggunaan tandas-
tandas moden (almarahidh alhadithah). Tandas2 moden yg dibina dalam
rumah2 hari ini tidak boleh lagi dilihat spt tandas2 yg dibicarakan
dalam kitab2 fiqh, di mana zaman dulu bila disebut tandas, ia adalah
semata-mata tempat buang air. Manakala hari ini tandas adalah suatu
binaan yg bersih dan merangkumi tempat buang air, dan tempat mandian
sekaligus. Ia dijaga bersih dgn bahan pencuci. Maka hukum berselipar
atau tidak bergantung kepada tahap kebersihan dan lay-out tandas itu
sendiri.

Adapun petua dan tatacara dan memberat-beratkan diri spt di atas
(dlm urusan memakai selipar) adalah amat anih dan tidak ada
dasarnya. Ia dicipta oleh orang yg diserang wabak was-was yg
keterlaluan. sekian aa

SEDARKAH ANDA?
  1. Sedarkah anda bahawa walaupun kita mengalas sejadah ke atas tempat yg bernajis, itu tidak bermakna tempat kita sujud tersebut adalah suci.Kita perlu menyucikan najis itu terlebih dahulu. (dari sumber '600 Masalah Agama' hasil tulisan beberapa orang ustaz dan ustazah, antaranya Ustaz Ismail Kamus)

Ini juga suatu isu yg tidak disandarkan kepada hujah dan dalil
syar'iy. Apabila digunakan sejadah, maka terhindarlah ia dari najis.
Lagi satu, adalah suatu kebodohan untuk menghamparkan sejadah di
atas najis...Nabi saw pernah solat di dalam kandang kambing (fathul
bari, syarh sahih alBukhari 1/341) dan baginda tidak menggunakan
sejadah pun!!

SEDARKAH ANDA?

  1. Sedarkah anda bahawa apabila kita membersihkan najis seperti darah, kita perlu berhati hati supaya air basuhan tersebut tidak memercik ke anggota badan atau pakaian kita kerana air tersebut kurang dari 2 kolah dan akan menyebabkan anggota badan kita turut bernajis.

Darah yg najis ialah darah yg mengalir ketika penyembelihan.
Dalil: AQ 6:145 (...atau darah yg masfuh/mengalir)
Apabila ia kering ia idak najis lagi.
dalil:alHadis syarif: "Dihalalkan dua bangkai dan dua jenis darah:....
(darah beku) dalam hati dan limpa" (sahih, al_Albani, silsilah
assahihah,#1118)
Juga darah haidh:
dalil:HR Bukhari-Muslim, lihat Muslim no 290, Jld 1

selain itu (darah mengalir dan darah haidh) darah tidak najis. (Imam
Syaukani, Sail aljarar ms 44)
Menurut Abu Yusof, darah yg sedikit adalah dima'afkan (umum albalwa)


SEDARKAH ANDA?

  1. Sedarkah anda bahawa kita perlu bernafas semasa minum air (utk mengelakkan sakit jantung) dan udara hembusan pernafasan kita perlulah di luar gelas. (Kerana H20 + CO2 = H2CO3, maka cuka terhasil dan menyebabkan minumaan menjadi acidic)

Cara minum air Nabawi:

Imam Muslim dalam sahihnya dari Anas bin Malik ra, Anas menceritakan
bahawa RasuluLlah saw bernafas 3X ketika minum, cara begitu lebih
memuaskan, lebih enak dan lebih sihat. (juga dikeluarkan oleh
alBukhari, Abu Daud, Ibn Majah dan Ahmad)

Imam Ibn Qayyim alJawzea dalam atTibb anNabawi ketika menghuraikan
hadis ini menjelaskan maksud baginda bernafas ketika minum ialah
beginda menjauhkan cangkir air dari mulutnya barang sejenak dan
bernafas di luar cangkir (gelas/cawan), barulah kemudian meneruskan
minumannya dan bernafas lagi 2 kali lagi.

Adapun teori di atas adalah suatu teori yg baik dan bertetapan dgn
amalan Nabawi.










SEDARKAH ANDA?

  1. Sedarkah anda bahawa memberi salam 'Akumzzz' dalam chat adalah umpama menghina ucapan salam itu sendiri dan secara tidak langsung seperti menghina Islam.

Pendapat di atas adalah tiada asalnya kerana bahasa SMS dan chatting
adalah jadid (baru) kerana ia adalah medium komunikasi zaman
muttakhir. Ia adalah baru dan tidak ada hukum yg rajih (jelas)
atasnya apakah ia menghina Islam. Perbuatan menghina Islam hendaklah
thabit dgn bukti (qarinah) yg lebih kuat bukan dgn bahasa salam

cuma bahasa sms dan terminologinya hendaklah seragam dan diperakui
secara umumnya.
Cth: akumzzz..memang benar ia bukanlah singkatan bg salam yg
mutawatir atau popular. SMS bagi salam yg popular ialah..
S
slm
asm

Maka kita akui coretan sms "AKUMZZZ" itu agak misleading kerana
A'kum sahaja sudah memadai dan kenapa ada huruf ZZZ itu?

namun ia bukanlah qarinah utk diqiaskan dgn perbuatan menghina Islam.