TAUBAT…
Dosa tanpa taubat sebabkan satu titik hitam pada hati HATI adalah organ yang paling utama dalam tubuh manusia dan nikmat paling agung diberikan oleh Allah. Hati menjadi tempat Allah membuat penilaian terhadap hamba-Nya. Pada hatilah letaknya niat seseorang. Niat yang ikhlas itu akan diberi pahala oleh Allah.
Dosa tanpa taubat sebabkan satu titik hitam pada hati HATI adalah organ yang paling utama dalam tubuh manusia dan nikmat paling agung diberikan oleh Allah. Hati menjadi tempat Allah membuat penilaian terhadap hamba-Nya. Pada hatilah letaknya niat seseorang. Niat yang ikhlas itu akan diberi pahala oleh Allah.
Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik agar tidak rosak, sakit, buta,
keras dan lebih-lebih lagi tidak mati. Sekiranya berlaku pada hati keadaan
seperti ini, kesannya adalah membabitkan seluruh anggota tubuh badan manusia.
Maka, akan lahirlah penyakit masyarakat berpunca dari hati yang sudah rosak
itu.
Justeru, hati adalah amanah yang wajib dijaga sebagaimana kita diamanahkan
untuk menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya daripada
berbuat dosa dan maksiat.
Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana dosa. Setiap satu dosa
yang dilakukan tanpa bertaubat itu akan menyebabkan terjadinya satu titik hitam
pada hati. Itu baru satu dosa. Maka bayangkanlah bagaimana pula kalau sepuluh
dosa? Seratus dosa? Seribu dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu.
Perkara ini jelas digambarkan dalam hadis Rasulullah bermaksud: “Siapa yang
melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia
bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya.
Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak hingga
seluruh hatinya menjadi hitam.?(Hadis riwayat Ibn Majah).
Hadis ini selari dengan firman Allah yang bermaksud “Sebenarnya ayat-ayat
Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka telah diseliputi kekotoran
dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan.?(Surah
al-Muthaffifiin, ayat 14).
Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras, kemanisan
dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi penghalang
kepada masuknya nur iman dan ilmu. Belajar sebanyak mana pun ilmu yang
bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak akan masuk
ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan kita untuk
mengamalkannya.
Allah berfirman yang bermaksud “Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi
keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada
yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya, dan ada pula antaranya yang
pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya.
“Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah
sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.?(Surah
al-Baqarah, ayat 74).
Begitulah Allah mendatangkan contoh dan menerangkan bahawa batu yang keras
itu pun ada kalanya boleh mengalirkan air dan boleh terpecah kerana amat
takutkan Allah.
Oleh itu, apakah hati manusia lebih keras daripada batu hingga tidak boleh
menerima petunjuk dan hidayah daripada Allah.
Perkara yang paling membimbangkan ialah apabila hati mati akan berlakulah
kemusnahan yang amat besar terhadap manusia.
Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal menghitamkan
seluruh kehidupan. Inilah natijahnya apabila kita lalai dan cuai mengubati dan
membersihkan hati kita. Kegagalan kita menghidupkan hati akan
dipertanggungjawabkan oleh Allah pada akhirat kelak.
Pertama: Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu
tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.
Allah berfirman bermaksud “Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras
membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka
yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata.?(Surah al-Zumar,
ayat 22).
Kedua: Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani
sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak
minum, begitulah juga hati.
Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan
sakit dan buta, malah akan mati akhirnya.
Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.
Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak
menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya
dengan cara banyak mengingati Allah (berzikir).
Firman Allah bermaksud “Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka
dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang
tenteramlah hati manusia.?(Surah al-Ra'd, ayat 28)
Firman-Nya lagi bermaksud “Hari yang padanya harta benda dan anak-anak
tidak dapat memberikan sebarang pertolongan, kecuali harta benda dan anak-anak
orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera daripada
syirik dan munafik.?(Surah al-Syura, ayat 88 - 89)
Alhamdulillah..dapat ilmu daripada blog ini..Teruskan berkarya untuk Islam..Sila beri tunjuk ajar..
ReplyDelete