Wednesday, October 31, 2012

Cinta dalam sujud.......


 
Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa di dalamnya. Sabda Rasulullah SAW; "Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."
 

Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat. "Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."
 

Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat. Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya. Rasulullah SAW biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud. Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud; "Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat." Mendengar itu para sahabat bertanya; "Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?" Jawab baginda; "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?" Sahabat menjawab; "Dapat!" Rasulullah menyambung; "Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berser-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka (terutama anggota wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhu'."
 

Keistimewaan

Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; "Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud."
 
Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat…
Biizinillah.

1230..
Menanti Zohor
Sik, Kedah....
 

Tuesday, October 30, 2012

Mencari..dan terus mencari


Tidak mengapa kalau kita tidak mempunyai sahabat yang ramai, tetapi biarlah yang sedikit itu bermakna pada diri kita. ‘Dia’ jujur, setia, sayang, kasih bahkan menghormati kita. Maka ketika itu, beruntunglah kita andai ada sahabat sebegini. Namun jika ramai sahabat yang sebegini tentulah ia lebih baik. Bagi saya, mencari sahabat sejati seperti mencari bidadari dunia. Sahabat yang baik, keinginannya semua orang idami, tetapi mencari-nya sesukar mencari pelangi di kala panas mentari.
Namun kalau kita renung kata orang dulu-dulu tentang jodoh, “tak perlu cari yang solehah, jadikan diri kamu soleh pasti yang solehah datang”. Begitu juga dalam mencari sahabat. Nak pada yang baik,soleh. Jadikanlah diri kita dulu soleh kerna sahabat itu cerminan bagi sahabatnya. Jika kita ingin mengubah diri ke arah yang lebih baik, jangan pernah lupa untuk menyemak siapa yang berada di sekeliling kita, Bukankah Nabi Muhammad SAW pernah berpesan, agama seseorang ditentukan juga oleh siapa sahabatnya?


Kejahatan dan Kelemahan..
 Kita selalu risau penyakit/kelemahan sahabat berjangkit pada kita. Seboleh-bolehnya nak sangat kita hindari. Tetapi terlupakah kita, penyakit buruk dari kita juga boleh berjangkit dan kita adalah pembawa keburukan itu pada sahabat kita. Aduhh, sakit kalau kelemahan sahabat berjangkit kepada kita, Namun lebih parah! Tabiat buruk kita berjangkit pula pada mereka. Khuatir kita bakal mendapat saham dosa. Inilah jarang sangat kita fikir dengan akal yang Allah beri.
Dalam persahabatan, kita mesti terlebih dahulu mengenali antara kelemahan dan kejahatan. Kelemahan itu memang biasa,-kita punyai kelemahan. Sahabat kita punyai kelemahan. Jangan kita mengimpikan satu kesempurnaan. Robot ciptaan yang hebat, ramai mengatakan ia sempurna pun hakikatnya ia tidak pernah sempurna. Apabila tamat tempoh bateri jangka hayatnya maka ia kembali kaku, maka itulah kelemahan dari-nya, tak dapat berfungsi tanpa bateri. Begitu juga kita manusia yang Allah ciptakan. Pasti tidak akan dapat lari dari kesalahan. Harus kita ingat sentiasa kita bukan bersahabat dengan ‘Malaikat’…. Tetapi dengan manusia yang mempunyai 1000 macam kesalahan dan kelemahan. Kekadang kita terpaksa menghadapi sahabat yang panas baran, kedekut, rajuk, pelupa, cepat bangga diri dan berbagai lagi kerenah. Inilah yang kita semua sedang hadapi bahkan mungkin akan kita jumpa. Apa hendak dibuat mungkin sudah ‘jodoh’ buat kita bertemu dengannya, Perkara yang kita perlu tanamkan dalam diri kita- Andai sahabat kita itu baik amalanya murni pertuturannya, ketahuilah ia adalah anugerah dari Allah. Namun andai sahabat itu buruk sikapnya, kurang budi bicaranya hadapilah ia sebagai ujian dari Allah dalam mentarbiah kita. Kita bersabar dengan dia dan mungkin… dia jua bersabar dengan sikap kita.

 


Bagai tangan yang kotor
Analogi yang cukup mudah saya ambil dari seorang ilmuan katanya. “Hubungan kita dengan dengan sahabat umpama hubungan tangan kiri dan kanan yang kotor…bagaimana kita hendak bersihkan kedua-dua belah tangan itu? Pasti kita akan temukan dan bergeser antara satu sama lain. Itu yang kita buat semasa cuci tangan. Akhirnya dengan geseran dan laluan air, kedua-dua tangan yang kotor itu akan beransur-ansur bersih. Kerana hakikat geseran itu adalah saling bersih membersih.” Begitu juga dapat saya lihat, geseran antara kita dan sahabat adalah saling membersihkan. Kelemahan itu, andai kita dapat hadapi dengan baik dan saling bantu dalam memperelokkan pasti akan membuahkan natijah yang baik.
Perhubungan yang baik sesama manusia adalah apabila ia meletakkan Allah sebagai matlamatnya Rasul sebagai taudalannya. Perhubungan sebegini biasanya akan berkekal degan lebih lama dan ia akan jadi lebih utuh.




\


So, sama-sama kita harapakan Sahabat yang sedia ada pada diri kita sebgai sahabat yang sejati, DAN….. pada yang belum ada sahabat sejati. Teruksan mencari, mencari dan… terus mencari…Insyaallah bakal berjumpa.^^

30 Oktober 2012
Keseorangan…ruang tamu rumah
Sik, Kedah





a