Tidak
mengapa kalau kita tidak mempunyai sahabat yang ramai, tetapi biarlah yang
sedikit itu bermakna pada diri kita. ‘Dia’ jujur, setia, sayang, kasih bahkan
menghormati kita. Maka ketika itu, beruntunglah kita andai ada sahabat
sebegini. Namun jika ramai sahabat yang sebegini tentulah ia lebih baik. Bagi
saya, mencari sahabat sejati seperti mencari bidadari dunia. Sahabat yang baik,
keinginannya semua orang idami, tetapi mencari-nya sesukar mencari pelangi di
kala panas mentari.
Namun
kalau kita renung kata orang dulu-dulu tentang jodoh, “tak perlu cari yang
solehah, jadikan diri kamu soleh pasti yang solehah datang”. Begitu juga dalam
mencari sahabat. Nak pada yang baik,soleh. Jadikanlah diri kita dulu soleh
kerna sahabat itu cerminan bagi sahabatnya. Jika kita ingin mengubah diri ke arah
yang lebih baik, jangan pernah lupa untuk menyemak siapa yang berada di
sekeliling kita, Bukankah Nabi Muhammad SAW pernah berpesan, agama seseorang
ditentukan juga oleh siapa sahabatnya?
Kejahatan
dan Kelemahan..
Kita
selalu risau penyakit/kelemahan sahabat berjangkit pada kita. Seboleh-bolehnya
nak sangat kita hindari. Tetapi terlupakah kita, penyakit buruk dari kita juga
boleh berjangkit dan kita adalah pembawa keburukan itu pada sahabat kita. Aduhh,
sakit kalau kelemahan sahabat berjangkit kepada kita, Namun lebih parah! Tabiat
buruk kita berjangkit pula pada mereka. Khuatir kita bakal mendapat saham dosa.
Inilah jarang sangat kita fikir dengan akal yang Allah beri.
Dalam
persahabatan, kita mesti terlebih dahulu mengenali antara kelemahan dan kejahatan.
Kelemahan itu memang biasa,-kita punyai kelemahan. Sahabat kita punyai
kelemahan. Jangan kita mengimpikan satu kesempurnaan. Robot ciptaan yang hebat,
ramai mengatakan ia sempurna pun hakikatnya ia tidak pernah sempurna. Apabila tamat
tempoh bateri jangka hayatnya maka ia kembali kaku, maka itulah kelemahan
dari-nya, tak dapat berfungsi tanpa bateri. Begitu juga kita manusia yang Allah
ciptakan. Pasti tidak akan dapat lari dari kesalahan. Harus kita ingat sentiasa
kita bukan bersahabat dengan ‘Malaikat’…. Tetapi dengan manusia yang mempunyai
1000 macam kesalahan dan kelemahan. Kekadang kita terpaksa menghadapi sahabat
yang panas baran, kedekut, rajuk, pelupa, cepat bangga diri dan berbagai lagi
kerenah. Inilah yang kita semua sedang hadapi bahkan mungkin akan kita jumpa.
Apa hendak dibuat mungkin sudah ‘jodoh’ buat kita bertemu dengannya, Perkara
yang kita perlu tanamkan dalam diri kita- Andai sahabat kita itu baik amalanya
murni pertuturannya, ketahuilah ia adalah anugerah dari Allah. Namun andai
sahabat itu buruk sikapnya, kurang budi bicaranya hadapilah ia sebagai ujian
dari Allah dalam mentarbiah kita. Kita bersabar dengan dia dan mungkin… dia jua
bersabar dengan sikap kita.
Bagai
tangan yang kotor
Analogi
yang cukup mudah saya ambil dari seorang ilmuan katanya. “Hubungan kita dengan
dengan sahabat umpama hubungan tangan kiri dan kanan yang kotor…bagaimana kita
hendak bersihkan kedua-dua belah tangan itu? Pasti kita akan temukan dan
bergeser antara satu sama lain. Itu yang kita buat semasa cuci tangan. Akhirnya
dengan geseran dan laluan air, kedua-dua tangan yang kotor itu akan
beransur-ansur bersih. Kerana hakikat geseran itu adalah saling bersih
membersih.” Begitu juga dapat saya lihat, geseran antara kita dan sahabat adalah
saling membersihkan. Kelemahan itu, andai kita dapat hadapi dengan baik dan
saling bantu dalam memperelokkan pasti akan membuahkan natijah yang baik.
Perhubungan
yang baik sesama manusia adalah apabila ia meletakkan Allah sebagai matlamatnya
Rasul sebagai taudalannya. Perhubungan sebegini biasanya akan berkekal degan
lebih lama dan ia akan jadi lebih utuh.
So,
sama-sama kita harapakan Sahabat yang sedia ada pada diri kita sebgai sahabat
yang sejati, DAN….. pada yang belum ada sahabat sejati. Teruksan mencari,
mencari dan… terus mencari…Insyaallah bakal berjumpa.^^
30
Oktober 2012
Keseorangan…ruang
tamu rumah
Sik,
Kedah
a
keserongan tu....
ReplyDelete"bidadari bidadari temani lah resahku..."
Insyaallah.. mohon doa dan bimbingan. =)
ReplyDelete