Sunday, January 19, 2014

Kerna lelaki bukan 'sang robot'.



Tidak sempurna iman seseorang di antara kalian sampai hawa nafsunya mengikuti apa yang aku bawa.” 

 (HR al-Hakim, al-Khathib, Ibn Abi ‘Ashim dan al-Hasan bin Sufyan).

Hadis di atas jelas menunjukkan, tugas muslim itu mendidik nafsunya. Melatih nafsunya agar terus mengikut pada panduan Islam. Nafsu tidak boleh dijadikan tuan, tetapi kitalah tuan kepada dirinya. Teringat kata-kata ulama hadis Sufyan At-Tsauri:

"Nafsu itu ibarat kuda tungganganmu, jika kamu tak dapat menjinakkan tunggangan mu itu, dia pula akan menunggangmu."

Memang benar nafsu yang baik itu dikawal baik oleh iman yang sempurna. Kita tidak boleh untuk
'menghapuskan' nafsu tetapi mampu 'mengawalnya'. Kawalan nafsu memerlukan petunjuk iman yang bijaksana dalam perilaku.
Syaitan yang selalu menyesatan

Dewasa ini, pemakaian muslimah sangat hebat promosinya. Asal saja namanya jubah terus dikatakan itu adalah cara islamis dan mengikut syariat Islam. Dalam kata lain, dunia sekarang sudah dibohongi jenama jubah itu adalah islamis.

Lambakan manusia penuh berpura-pura mengatakan mereka membuat islamisasi hadhari dan natijahnya mencipta jubah yang berbentuk kontemporari. Mencipta jubah tidak punya masalah, yang masalahnya bagaimana jubah itu dibentuk. Dengan 'tone' warna yang melampau, saiz yang mengikut bentuk badan bahkan amat tipis kainnya. Apakah yang sedang dibawa oleh mereka, suatu pembaharuan dalam islam atau hanya mencipta sebuah lagi fitnah untuk Islam?


Robot yang punya nafsu

Mungkin segelintir wanita (warak sang muslimah) menyangka lelaki-lelaki masjid tidak punya nafsu pada mereka. Wah, lihat saja pada batang tubuhnya. Jubah putih yang disarung, serban yang rapi dililit, tidak terkecuali tasibih yang sentiasa menemani dibalik jari jemarinya. "Pasti mereka malaikat jelmaan manusia". Itu mungkin tanggapan sesetengah wanita.

Sangkaan itu juga mungkin ditambah pada lelaki yang warak ini, mungkin mereka ini adalah 'robot'. Hidupnya bergerak tapi tidak punya nafsu dan perasaan. Ah, pasti bisa saja untuk wanita itu memakai pakaian-pakaian yang 'sedikit' melanggar syarak. Kerna lelaki-lelaki itu tidak punya perasaannya.

Ini yang ramai tersalah pada dugaannya. Meleset sekali pemikirannya. Allah taala menciptakan nafsu adalah sebahagian dari fitrah manusia. Nafsu itu dibentuk sama ada dengan acuan iman atau acuan kederhakaan pada tuhan. Ramai mengangap sang ustaz tidak punya nafsu, masakan tidak bernafsu sedangkan ramai ustaz yang berkahwin dan punya cita-cita mahu mengaut hasil dunia.

Nafsu dididik dengan Islam. Bukan kita yang dididik oleh nafsu. Akal pula memacu nafsu melalui tindakan hati yang bersih.

Jaga pandangan pupuk iman

Memandang yang baik itu menambah iman. Lihat kaabah, wajah kedua ibu bapa bahkan menatap al-Quran itu antara resipi orang-orang terdahulu berjaya dalam menambat pandangannya pada kebaikan.

Daripada Aisyah bahawa Rasulullah bersabda: "Melihat pada tiga perkara adalah ibadah. Melihat wajah ibu bapa, melihat al-Quran dan melihat Kaabah." 
(HR: Abu Daud)

Manfaatkan nikmat mata yang Allah beri, nikmat nafsu yang dianugerahkan bahkan kecantikan yang dimiliki. Jangan terlalu melampau dalam penggunaannya bahkan jangan dikecilkan sangat pada pelaksanaannya. Bersederhanalah..

Para wanita, saham dosa itu akan terus meningkat jika anda juga giat dalam pemakaian yang sering melanggat syariat. Menyalahkan lelaki saat wanita itu diperlakukan dengan cara hina namun terlupa anda sendiri yang menghinakan diri sendiri dengan pemakaian manusia yang sudah hilang tamadunnya.

Jika negara semakin maju, manusia kian hebat pemikirannya sepatutnya pemakaian itu lebih menutupi, bukan lebih-lebih membukanya. Kurang siuman, jika benda yang sepatutnya ditutup tetapi selamba saja ditayang. Bila orang melihat dia marah, bila suruh lindung tak mahu. Pelik!

Moga kain kafan bukan alas aurat kita yang pertama dan terakhir.

Jambi, Indonesia @ 20 Januari 2014
1.28 P.M





2 comments:

  1. Teguran yg membina ^^, Ramai wanita memang tidak sedar & sumtimes buat tak sedar.. Kesedaran ni perlu diterapkan especially kpd pereka fesyen yg kononnya buat rekaan muslimah..

    Islam itu memang indah & Allah jge sukekan keindahan, tidak pernah melarang ummatnya especially wanita tuk b'fesyen, tp perlu ikut garis panduan yg Allah ajarkan.. ^^, Moga penulisan ustaz b'manfaat untuk ummah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amieen.. Insyaallah Doktor Aisyah...
      Harap beri kesedaran bersama. Moga menjadi Doktor ummah yang berjaya nanti. Ramai lagi memerlukan doktor islamis nanti.

      Delete