Monday, April 18, 2011

APA SEBENARNYA ni?...


Beginilah aku muLakAn.....
General "Aku sebenarnya dalam kebingungan memikirkan akan topik ini untuk dibicarakan.. tapi sekadar menyampaikan pandangan sahaja barangkali...

Apa sebenarnya yang berlaku...aku hairan kerana kita semua pasti mengalaminya.. mungkin dek kerana terpengaruh dgn teori Charles Darwin, maka diberikan perumpamaan terhadapnya..ada yg menjadi bahagia, x kurang juga yg menderita kerana kesannya...itulah CINTA..

Aku tertarik untuk menyentuh isu ini kerana ia adalah isu sejagat, tapi yang aku kesalkan ialah mengapa tidak mampu mengawal diri dan perasaan apabila mengalaminya...ada yang kelakar dan ada yg tak sepatutnya dilakukan.. cuba kita fikirkan yang mana pasangan berkasih.. sanggup menghabiskan berjam-jam lamanya bergayut pada malam hari. padahal baru siang tadi berjumpa..kalau tak jumpa setahun tu lain la cerita.adakah terlalu banyak isu orang yang bercinta ni??

Itu belum tentu lagi jadi kawin, lepas kawin entahkan tak tahu nak cakap apa, agaknya sebab tu la ada kes2 perceraian yang mana pernah bercinta dahulu sebelum kawin..Satu lagi bab berkongsi minuman dengan kekasih dia, padahal kalau dengan kawan2 bukan main kedekut... aku pernah tengok kes di mana cakap bukan main, akulah rocker, heavy metal, keras hati, mana layan jiwang padahal kalau dengar lagu yang syahdu, berubah air muka dia, sampaikan ada yg nangis, lagi plak baru lepas putus saja, hehe... macam2 la..

Tapi ada jugak perkara yang menyedihkan... ye la ada yg sanggup menipu yg dia anak org berada, padahal nak keluar pun berhutang dgn org, apa kes beb?? Satu lagi yang jenis bangang, sanggup menjual maruah hanya kerna utk membuktikan kesetiaan, sampaikan ada anak yg tak ber'bin'kan ayahnya, tolong la kawan2 jgn la sampai ke tahap tu...kalau kita sayang sesuatu janagan mudah2 diberikan kepada org lain... fikir la sikit.. mungkin sebab tu ada istilah 'cinta itu buta', memang benar la tu...

Dah tak larat nak tulis panjang2. cuma aku harap kalau kita nak bercinta, seharusnya kita selarikan atau mulakan dengan cintakan Allah, diri sendiri, keluarga, bangsa dan negara.. cintakan bunga pasti ia akan layu, cintakan dunia ia tidak abadi, cintakan manusia pasti ia mati, hanya satu cinta yang kekal abadi, apakah dia?? fikirkanlah

2 comments:

  1. ske entry ny...sbb skrg ny naik muak tngok gelagat2 yg sdg hangat b'cnta..kdg2 tdo pon hp still kt tngan..plg sdey,dlu slalu ngan kwn2 tp ble da b'cnta lgsg x ingt kwn..hurm

    ReplyDelete