Monday, July 4, 2011

Solat anda...!!


HINA ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT

Betapa hinanya kita kalau
meninggalkan solat spt yg dikisahkan pd
zaman Nabi Musa A. S.

Begini kisahnya...pada zaman Nabi Musa,
ada seorang lelaki yg sudah
berumahtangga , dia tak de zuriat lalu,
terdetik dlm hati dia (nazar), "kalau
aku dpt anak, aku akan minum air kencing
anjing hitam. " Nak dijadikan cerita,
Allah pun kurniakan isteri si lelaki
tadi pun hamil dan melahirkan anak. Bila
dah dpt anak, laki ni pun runsing... Dia
dah nazar nak kena minum air kencing
anjing hitam. Syariat pd zaman Nabi Musa
berbeza dgn syariat yg turun utk umat
Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad,
nazar benda yg haram, maka tak payah
buat, tapi kena denda(dam) atau
sedekah..

Tapi, kalau zaman Nabi Musa, brg siapa
bernazar, walaupun haram, tetap kena
laksanakan nazar tu..lalu, si lelaki yg
dapat anak tu, dgn susah hatinya, pun
pegilah bertemu dgn Nabi-Allah Musa..
Dan menceritakan apa yg terjadi ke atas
dirinya..lalu, Nabi Musa menjawab bahawa
lelaki tu x payah minum air kencing
anjing hitam, tapi akan minum air yg
lebih hina dr air kencing anjing hitam.
Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut
utk pergi menadah air yg jatuh dr
bumbung rumah orang yg meninggalkan
sembahyang dan minum air tu.

Lalu, lelaki tu pun senang hati,
menjalankan apa yg diperintahkan oleh
Nabi Musa tadi... Lihat.. betapa hinanya
org yg meninggalkan solat, sampai
dikatakan air yg jatuh dr bumbung rumah
dia, lbh hina dr air kencing anjing
hitam..Itu baru air bumbung rumah, belum
air tangan lagi.. Menyentuh bab air
tangan ni, selalu kita suka makan
masakan ibu, isteri kita. Jadi, kepada
muslimat sekalian, peliharalah solat ,
sbb kalau meninggalkan solat (kalau tak
uzur), air tangan akan menitik ke dalam
basuhan makanan, nasi, dsb..anak-anak,
suami pulak yg akan makan makanan yg
dimasak. takkan nak biarkan suami &
anak2 gelap hati minum air tangan org
yang tinggalkan solat..tak gamakkan?

tapi.. lain pulak halnya dgn kita ni..
pagi petang..mamak!! teh tarik satu,
roti canai satu..ada pulak segelintir
tukang masak yg tak solat..kita pun
makan bekas air tangan dia..gelap lah
hati kita.. sbb tu liat nak buat keja2
yg baik. beware apa yg kita makan...
betapa beratnya amalan solat ni, hatta
Allah syariatkan solat kepada Nabi
Muhammad melalui Isra' Mikraj, sedangkan
kewajipan2 lain memadai diutus melalui
Jibril a. s. Ketika saat Rasulullah
nazak, sempat baginda berpesan kpd
Saidina Ali (&utk umat Islam) ,
"As-solah as Solah wa amalakat
aimanukum." maknanya,"Solat, solat jgn
sekali kamu abaikan dan peliharalah org2
yg lemah di bawah tanggunganmu."

Jadi, sama2lah kita pelihara solat kita,
dr segi zahir & batinnya, kerana amalan
solatlah amalan yg mula2 akan ditimbang
di neraca Mizan kelak...

sama2 kita berdoa..InsyaAllah

No comments:

Post a Comment